Hijrah.


Assalamualaikum..

Sempena tahun hijrah yang ke-1434 ni, sama samalah kita hijrah menjadi manusia yang lebih baik dan berguna.. 
Nak kan perubahan yang baik, niat kene betulkan dulu.. Jangan berubah kerana seseorang atau sesuatu.. Berubahlah kerana ALLAH.. insyaALLAH segalanya dipermudahkan.. 

Lupakan apa orang buat dekat kita.. Jangan berdendam.. Maafkan aje.. Biar orang buat jahat dekat kita, jangan kita buat jahat dekat orang..
Orang buat jahat kat kita, jangan kita balas jahat jugak.. Biar ALLAH yang setelkan..

Islam itu mudah tapi jangan ambil mudah

Perbaiki amalan kita.. Yang mana tak cukup, cukupkan..
ALLAH maha pengampun.. Mintalah keampunan dari Dia supaya hidup lebih diberkati..
Ingat! Kiamat sudah dekat.. Banyak tanda tanda kecil kiamat dah keluar.. Jadi, sama samalah kita bertaubat ye!

Amar makruf Nahi mungkar 

InsyaALLAH.. Segalanya belum terlambat, tapi jangan melambat lambatkan.. Setiap amalan mestilah dilakukan dengan ISTIQAMAH.. Jangan sekejap buat sekejap tak.. Banyak berlaku sekarang ni.. Contoh paling dekat, pakai tudung.. Hari ni tengok pakai, esok dah tak pakai dah.. Bukan ke pakai tudung tu menampakkan kita lagi lawa.. Aurat pun terlindung.. Sejuk mata memandang..

CHANGE FOR BETTER!

Jauhilah riak dan berbangga bangga kerana semua yang kita capai itu sebenarnya pemberian ALLAH.. Bila bila masa sahaja ALLAH boleh tarik balik..



Rambut sama hitam, hati lain lain.. Yang membezakan kita ialah IMAN dan TAKWA..

SEKIAN :)


2 comments:

Arina Shamsul said...

SUKA ENTRI NI :)

sama2 kita ingat mengingatkan..

salam maal hijrah :)

saya follow :)

Anonymous said...

Jom baca entry sy pule
http://malayastyle.blogspot.com/2012/11/perhatian-buat-semua-pengguna-komputer.html