Wahai readers sekalian. Hari ni 22NOVEMBER2012 bersamaan 8MUHARAM1434 Hijrah.. Saya bersama dengan rakan-rakan saya telah menghadirkan diri ke rumah rakan saya iaitu Nur Fadhlina Binti Zainal Abidin Shah di Taman Sri Tebrau, Johor.. *dah macam nak buat karangan~
Ok.. Kita terus je..
Sebenarnya saya pergi rumah membe saya tadi.. Dia ada buat makan-makan sikit.. saya pergi dengan dua orang membe saya yang lain.. Kitorang naik bas, sampai larkin ambil teksi pergi rumah dia.. Seriously cakap, pakcik tu memang annoying.. Sepanjang jalan kitorang gelak je.. Lagi masa kitorang tengah cari rumah dia sesat tak tahu mana rumah dia.. Pakcik tu annoying gila.. Tapi dia baik.. Dapat murah! Terimakasih pakcik!
Sampai rumah dia, kitorang salam peluk cium gelak semua dengan dua orang lagi membe saya yang dah sampai lebih awal.. Lepas tu kitorang solat zuhur.. Habis solat siap-siap kitorang turun duduk-duduk depan TV tengok TV tunggu budak lelaki.. Tak lama tu datang la membe kitorang yang sekolah dekat Penggawa, Ainul Mardhiah *bukan nama sebenar.. Kitorang bual silit je pastu makan.. Ingatkan nak saing dengan budak lelaki, tapi tunggu diorang lama sangat tak sampai kitorang makan la dulu..
Dah habis makan tak lama kemudian baru la nampak batang hidung mereka yang tak mancung tu.. Mereka makan kami tonton TV sambil melakukan aktiviti syok sendiri..
Lihatlah mereka yang macam kebuluran.. |
Dan kami yang syok sendiri.. |
Sedang kami sibuk berbual potpet potpet, azanpun berkumandang menandakan masuknya waktu solat asar.. Kami pun berhenti seketika dan menunaikan solat asar.. Lelaki di surau dan perempuan dirumah sahaja :) ..
Selesai solat asar kami sambung makan sikit lagi sambil menonton TV dan berbual-bual..
Khusyuk bukan? Kerana ianya lazat! |
Orang kata : Rezeki jangan ditolak.. :)
Terlalu asyik kami menikmati makanan yang dihidangkan sehingga tidak perasan masa yang sangat mencemburui kami semua.. Jam menunjukkan hampir ke pukul enam, jadi kami membuat keputusan untuk mengundurkan diri..
Kenapa aku pandang tempat lain!!! ^O^ |
Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga-nya yang sudi menjemput kami dan melayan kami dengan layanan yang baik.. Terima kasih diatas segalanya..
Sebenarnya saya dapat panggilan baru kat sini.. "BudakDarjahTiga" Katanya saya ni terlalu kecil.. Ngeh ngeh :D .. Terima kasih sekali lagi ya makcik..
Sekian :)
No comments:
Post a Comment