Tekanan


assalamualaikum.. heihoi!! sudah lama tidak update maa... sudah bacin ini blog tidak terurus.. ngehngeh.. sepanjang tak update nih banyak sangat cerita tau! tahukah anda bahawa pelajar sekolah MP tingkatan 3 melalui liku-liku hidup yang sangat mencabar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran tahun 2012 ini... apakah? ayat sastera keling sudah keluar.. *mentang-mentang BM da habis periksa*

haila nasib badan.. tak tau nak suarakan macam mana.. tahun ni kitorang asik kene aim jek.. semua yang salah form3.. yang teruk form3.. yang jahat form3.. yang buat kes form3.. kitorang pun tak faham kenapa warga sekolah nampak kesalahan form3 jek.. padahal ada kut yang lagi teruk dari kitorang...

hmm..otak masing-masing nak periksa macam apa jek.. mana taknye, esok nak periksa hari ni jek macam-macam berlaku.. tahun ni kebanyakanye aras tinggi.. harap-harap gred turun.. paling menyedihkan.. kitorang kene pindah dewan disebabkan peperiksaan kitorang yang last bertembung dengan STAM.. subhanallah! hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa capek nye kitorang mengemas semula dewan periksa yang sebenarnye bukan dewan malah kelas.. kelas yang banyak mural yang boleh mendatangkan syak wasangka kepada pengawas peperiksaan.. sepanjang 3 hari cuti, tak sempat nak  study kut.. busy kemas dewan a.k.a. kelas tuh.. menampal memanjat mengecat.. sedih tengok keadaan kelas-kelas tuh dan sedih jugak sebab kitorang kene periksa dekat kelas yang dah macam rumah setinggan..

haishy.. belum cerita after pmr punya kejadian lagi.. sesungguhnya kami pelajar tingkatan 3 MP sangat terkilan kerana kami tidak diberi cuti selepas PMR walaupun sehari.. nukan itu sahaja, kami juga tidak dibenarkan outing.. tetapi setelah dirayu dan dimohon, warga sekolah memberi kami pelepasan pulang ke kampung pada hari jumaat tersebut.. gembira tidak terhingga.. kami diberi arahan pulang pada hari jumaat jam 12 tengah hari dan kembali semula ke asrama pada hari ahad sebelum jam 6 petang.. tetapi malangnya ada sesetengah pelajar yang mungkin tidak dapat mengawal nafsunya pulang awal iaitu pada hari khamis dan tiddak kembali semula ke asrama memandangkan cuti raya haji tidak lama lagi.. 

oleh sebab kami terlalu seronok, ada sesetengah daripada kami kembali ke asrama dengan memakai baju kurung tetapi sebenarnya itu tidak dibenarkan.. jadi, kami yang tidak memakai baju outing ini dikenakan denda iaitu memakai baju outing pada hari persekolahan selama tiga hari.. sepanjang tiga hari itu kami disaiko, diperli, di badi, segalanya kami.. huh! selain itu kami juga disuruh untuk mengutip sampah-sampah di setiap aras dan buang di aspura.. ianya sangat memalukan tetapi kami lakukannya dengan ikhlas insyaALLAH.. kami redha.. yang terakhir sekali ialah kami dirotan di tapak kaki oleh guru disiplin semestinya..itu pelajar perempuan.. pelajar lelaki tidak terkira kesalahan yang dibuatnya...

untuk sekarang ini, kami hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada ALLAH agar kami pelajar tingkatan 3 MP 2012 diberikan keputusan yang cemerlang iaitu 9A! kami berharap sangat! diharap sesiapa yang membaca dapat sama-sama mendoakan kami agar mendapat keputusan yang cemerlang! insyaALLAH!

sekian sahaja hikayat saya buat masa ni.. selamat tinggal pelajar STAM.. semoga anda senua mendapat kejayaan yang cemerlang dan teruskan kehidupan di jalan ALLAH dengan jayanya... assalamualaikum~ :)

No comments: